7.7.12

80.

Baru sahaja selesai menjalani latihan di Pusat Latihan Peperangan Khas dan mendaki Gunung Ledang. Penat tetapi sangat memuaskan. Berbaloi. Selepas ini akan bergerak ke Kolej latihan. Selamat tinggal.

22.6.12

79.

4 tahun sudah berlalu.. Kenangan bersama kalian adalah yang terhebat. Selepas ini kita akan mula sibuk dengan latihan akhir.. Dipisahkan mengikut perkhidmatan masing masing di pusat pusat latihan.. Kemudian kembali bersama untuk graduasi.. Kemudian menjalani kawad untuk upacara pentauliahan DiRaja.. Sebelum kita dipisahkan kembali untuk berkhidmat di bawah Duli Yang Maha Mulia.. Sungguh, perjalanan hidup di sini bersama kalian adalah yang paling manis pernah aku rasakan.. Paling indah.. Semoga persahabatan ini akan kekal sehingga ke akhir hayat. Sayang kalian.. Cinta kalian.. Sahabat.

16.6.12

78.

Seakan sudah tiada apa untuk dikongsi. Seakan sudah mati ide ide dalam diri. Akal tunjang bagai tiada fungsinya lagi. Mungkin, kelak bila tiba masanya nanti, kamu akan aku seru hidup kembali.

9.6.12

77.

Teriknya mentari sehingga mencarik carik hati
Menggelegaknya jiwa peritnya bagai tiada terperi
Sakit mendidih diri ini bagai tidak mengenal erti mati
Ah
Neraka ini sangat celaka
Bagai ada satu ilusi wajahmu menghantui diri
Tiap kali bayang mu menerpa di alam mimpi
Tiap kali itu juga rasa bagai saka merasuk jiwa
Seksanya menahan kepedihan itu tidak terhingga
Lalu,
Sampai bila harusku tahan?
Sampai bila kau terus muncul wahai bayangan?
Bayangan hitam, merosak keimanan.

5.6.12

76.

Will be having my finals next week. Five papers to go. Things are going accordingly. Everything is great. Alhamdulillah.

22.5.12

74.

Seorang kawan mengatakan bahawa aku ni kuat. Secara jujur, bukan dia seorang, aku sudah banyak terima kata-kata sedemikian dari orang-orang sekitar aku. Mereka mengatakan bahawa aku ini seorang yang kuat. Saudara mara aku juga turut mengatakan perkara yang sama.

Wahai kalian, kalaulah kalian tahu disebalik apa yang aku pamerkan pada kalian, disebalik semua yang kalian nampak aku secara fizikal, tersimpan satu kelemahan yang telah menjatuhkan aku berkali-kali.

Tapi aku pilih untuk simpan. Simpan sampai bila-bila. Aku tidak sekuat seperti yang kalian sangka. Aku lemah, lebih lemah dari kalian. Kalaulah kalian tahu disebalik semua ini.

21.5.12

73.

Suatu hari nanti kau akan tahu kepentingan aku dalam hidup kau. Suatu hari nanti kau akan tahu rasa ini tak pernah padam untuk kau. Suatu hari nanti kau akan tahu apa yang aku lakukan semua ini adalah untuk kau. Suatu hari nanti kau akan mengingati letak duduk jasad aku suatu ketika dahulu, letak duduk perasaan aku terhadap kau suatu ketika dahulu, letak duduk hati aku pada kau suatu ketika dahulu.

Suatu hari nanti.

20.5.12

72.

Mainan perasaan itu seringkali paling menyakitkan.

18.5.12

71.

Kau tahu, aku sentiasa adore kau. Walau lahiriah kau sungguh stone, walau pandangan mata kau sungguh stiff, tapi aku sentiasa adore kau.

Sebab, aku suka kau yang begitu. Yang kerasnya hanya di luaran, yang manjanya senyap senyap tetapi berbisa. Yang mengadanya hanya aku yang rasa.

Aku tak tahu pada siapa lagi kau berkelakuan begitu, tetapi aku tetap suka diri kau yang itu. Yang luarnya sangat gagah dan ego, tapi di sebalik semua itu, tersorok satu sifat keanak-anakan yang terkadang membuat aku tergelak keseorangan.

Mengadanya kau, buat aku geram. Manjanya kau, buat aku rindu.

13.5.12

70.

Hari ibu,
Pada siapa ingin aku ucap,
Pada siapa?
Pada ibu yang aman di pusara,
Ku panjat doa agar ibu bahagia,
Di alam di sana,
Anak mu ini rindu serindu rindunya...

Tuhan, tolong jangan tarik nikmat Mu ini,
Nikmat daya ingatan,
Nikmat memori ini,
Agar hidup aku tidak pernah lekang dari kenangan,
Kenangan ibu dan aku..
Biar kekal hingga ke akhir hayatku..


12.5.12

69.

Rindu, tapi terpaksa tahan.
Itu sahaja yang aku mampu untuk lakukan.
Buat kamu yang sentiasa di ingatan.
Tidak akan luput, selagi hayat dikandung badan.

Biar jasad kita jauh,
Namun rasa ini tidak akan pernah rapuh,
Tetapi ianya semakin utuh,
Mustahil ianya mudah untuk diroboh.

Pergilah kasih, pergilah sayang.
Biarkan aku di sini terbayang-bayang,
Susuk tubuhmu, wajahmu sentiasa diundang,
Buat pengganti cinta terhalang...

7.5.12

68.

Orked berlari lari penuh mengah. Dalam kepayahan dia mengejar bayang Mukhsin. Mukhsin yang semakin jauh dari pandangan matanya.

Orked penat, lalu terduduk. Skirt labuh warna putih bercorak bunga-bunga warna biru laut pemberian Mukhsin dicemari dengan warna lumpur. Orked sedih, Orked menangis.

Dan bagai alam mengerti derita hatinya, bagai langit memahami gundah jiwanya, hujan seakan sinonim dengan kesedihan. Rintik rintik membasahi Orked. Lalu Orked layu menyembah tanah.

Dan selepas hujan, di tepi jasad itu kemudiannya muncul bunga bunga orkid yang berwarna warni. Menemani jasad Orked yang hancur hatinya, putus nyawanya di tengah hujan, putus nafasnya akibat kedukaan..

Terkuburlah Orked di dalam kekecewaan...


6.5.12

67.

Adry duduk di situ. Sekejap sekejap dia pandang langit. Sekejap sekejap dia menunduk ke tanah. Kakinya menguis-nguis jalar tar yang seakannya sudah hampir 10 tahun tidak diganti turap.

Dia kangen. Kangen akan peristiwa 5 tahun lalu. Di situlah mereka duduk. Di situlah mereka berdua bergurau. Di situlah detik mereka mula terpaut hati.

Pernah Adry berjanji ingin menyunting Mawar di taman. Pernah Adry berjanji ingin bersama Mawar sehingga akhir hayatnya. Dan Mawar, semakin berbunga-bunga hatinya bila Adry bersungguh-sungguh ingin bersamanya.

Adry mengeluh, kembali menunduk.

Kenapa aku nak pandang kisah lalu yang sedikit pun tidak memberi senyum pada diri aku sekarang?

Adry bangun, membawa pulang hati yang kosong tidak terisi sejak itu..

4.5.12

66.

Kelihatannya seperti aku mendambakan sesuatu.
Sesuatu yang kelabu,
Sesuatu yang kabur.
Sepertinya kamu adalah sesuatu itu.
Sepertinya kamu yang sering berlegar legar di ruang itu.
Andai diberi waktu,
Inginku bisik manja di telingamu,
Kaulah dambaanku.

1.5.12

65.

Aku sebenarnya tak tahu apa aku rasa sekarang ini. Dalam pada kau sering membuat aku marah, menyakitkan hati aku, mengusik aku, menyakat aku, di akhir rasa marah bercampur geram aku terhadap kau, pasti akan berkesudahan dengan gelak dan senyuman. Ada masanya aku tak larat nak berbalah dengan kau. Kau dengan sifat kau yang tak pernah hendak mengaku kalah. Dan aku dengan keras kepala aku, selagi boleh ingin aku bidas. Entah, kalau boleh, biar persahabatan ini kekal, selagi hayat dikandung badan.

27.4.12

64.

Dalam kekalutan aku meneruskan perjalanan,
Tiba tiba kau muncul,
Seratus meter bertentangan dengan ku.
Dan jarak itu makin lama makin dekat,
Mendekati wajahku.
Kau senyum, dan aku tertunduk.
Sebenarnya, kita tak pernah jauh walau jasad kita tidak pernah bersentuh.
Kerana rasa ini, aku simpan.
Getar ini, aku tahan.
Hanya untuk kau wahai si Halimunan.

25.4.12

63.

Hai lah Si Halimunan,
Rasa ini semakin berombakan,
Tatkala terkenang wajah kau yang tampan.
Namun Si Halimunan,
Akan aku simpan senyap keseorangan,
Biar rasa ini aku peluk sekuat tenaga seorang perempuan,
Biar apa yang tersimpan,
Akan terus tersimpan,
Menjadi rahsia antara aku dan Tuhan.
Hai Si Halimunan,
Andai ini adalah perjuangan,
Ku mohon agar kelak kita dipertemukan...


24.4.12

62.


So darling, darling stand by me
Oh, stand by me...

20.4.12

61.

Memandang ke masa lalu, menjeling ke jam itu. Mengeluh.
Imej imej masa lepas berlegar legar di ruang otak kiri dan kanan.
Melambai lambai memanggil untuk dikenangkan.
Wajah itu, senyum itu, wajah mereka, senyum mereka.
Gelak mereka, tangis mereka, marah mereka, gurau mereka.
Indah indah belaka.
Ada satu wajah, jika aku terbang bersamanya ke masa lalu,
Tidak lain tidak bukan,
Hanya mengundang sejuta kesedihan, kekecewaan.
Kecewa terhadap diri sendiri,
Kerana gagal membahagiakan wajah itu.
Wajah yang cantik, manis semanis madu.
Indah gelak tawanya, meriangkan hati yang satu.
Wahai ibu, pergimu tiada pernah berlalu dalam kalbu.
Suaramu tidak pernah luntur dari kotak fikiranku,
Terngiang ngiang dalam syahdu.
6 tahun sudah berlalu,
Namun seakan baru sahaja tadi kau pergi meninggalkanku..

18.4.12

60.

Getting tired. Each and everyday.
Watching you right there, reminds me of everything that we did.
I could not let them go, cause memories are meant to be stored and locked.

15.4.12

59.

Dan hati perempuan itu hancur sekali lagi oleh berita yang dia dengari.
Benar, walau teguh mana pun dipasakkan rasa kemaafan di dalam diri,
Walau utuh mana pun tembok penghadang kemarahan dibina dalam hati,
Tapi perempuan mana yang bisa menahan amarah dan dendam bila ditipu berulang kali.

Perkara yang paling sukar untuk perempuan terima adalah apabila dia ditipu,
Ah, tanyalah mana mana gender sekalipun, siapa suka kena tipu,
Lebih perit dan bernanah rasa hati ini bila orang yang tidak disangka boleh menipu,
Rupa rupanya dia yang menipu

Luluh hati hancur kepercayaan
Cubalah untuk kau berterus terang dari awalan
Bukan susah pun untuk mengatakan kebenaran
Kenapa hati ini kau persiakan

Sakit, sakit, sakit.
Ingin sekali perempuan mengungkit
Biar dia sedikit demi sedikit
Tersedar kata kata janji membukit

Sudahlah, hati perempuan makin remuk.
Rasa seperti ingin menumbuk
Tumbuk hati dan perasaan manusia penipu buruk
Biar rupa kau berubah menjadi beruk.

58.

Benda senang. Kenapa nak susahkan?
Sakit kau tahu tak. Apalah salahnya kalau kau bagi tahu awal awal, dari mula lagi kau cakap dekat aku. Ni kau simpan. End up aku tahu dari kawan kita sendiri. Itu pun aku buat buat macam tak ada apa apa. Aku tanya macam aku sekadar nak tahu. Walhal, lepas dari aku tahu semua tu, aku rasa fucked up sangat. 

Terima kasih lah. Terima kasih. 

14.4.12

57.

Aku percaya, dalam setiap hati seorang anak adam itu, pasti ada sekelumit rasa yang suci. Putih ibarat merpati. Yang warna bulunya suci dan menyenangkan. Terbang ke sana ke mari bersama kebahagiaan.

Aku percaya, walau bengisnya wajah seorang anak adam itu, pasti ada secebis rasa belas kasihan sesama makhluk sekitarnya. Walau jasad secara jelasnya dilihat sangat busuk dan kelam, namun jauh di sudut hati terdalam, diri itu rindu untuk berbakti di seluruh alam.

Aku percaya, setiap dari kita, tiada yang benar benar jahil. Tiada yang benar benar kotor hatinya. Walau asalnya dari air yang kotor, namun, bila terciptanya hati itu, kita semua, ada rasa kasih sesama kita.

Dan walau teguhnya dendam itu, lama kelamaan, roboh jua.

12.4.12

56.

Terima kasih kamu,
Terima kasih dunia,
Terima kasih Tuhan.
Buat-Nya yang memberikan aku seluruh kebahagiaan
Kawan kawan terhebat buat peneman
Minda dan akal yang fenomenal menemani sepanjang jalan
Ruang sosial yang sentiasa riuh sakan
Ah
Hati ini kembali keriangan
Ditemani manusia sejagat yang sentiasa tersenyum kegembiraan
Malam malam tidak lagi senyap tiada lagu dimainkan
Kini lampu neon kembali menerangi penuh kecerahan
Cantik
Cantik
Cantik
Kehidupan ku semakin cantik
Satu fasa baru yang tiada berkesudahan.

55.

Hiduplah engkau di dalam dunia yang kau cipta sendiri
Di mana semua makhluk tunduk menyembah dirimu
"Oh kamulah terhebat! Tiada lain melainkan kau seorang!"
Dan para manusia itu ibarat lembu dicucuk hidung
Mengiyakan dan mengangguk menyetujui setiap percakapan kau
Dan kau dengan setiap sembahan itu
Dengan setiap pujian itu
Semakin bongkak dan bangga diri
Mengatakan di dalam hati
"Akulah yang terhebat! Tiada yang terhebat melainkan aku seorang!"
Kata kata kau sentiasa sahaja betul
Tiada yang salah melainkan betul sahaja
Engkau seorang sahaja yang punya sejuta pengalaman di dunia
Seolah sudah bernafas di bumi Tuhan ini berkurun lamanya.
Ego seorang lelaki.
Adakalanya nampak tersangat bodoh.

10.4.12

54.

Selamat malam untuk kau, Si Halimunan.
Malam ini aku menanti.
Sengaja aku biarkan jendela itu terbuka.
Membiarkan angin malam menghembus masuk ke kubikel kecil berwarna merah hati ini.
Sambil daguku dilabuh padanya,
Menanti kau, Si Halimunan.
Wujudnya kau hanya pada imaginasi.
Fantasi indah, sering dipenuhi imej ceria wajah kau.
Mengapa kau tidak pernah cuba untuk hidup di alam nyata?
Aku kangen pelukan kau,
Ingin sekali aku merasakan hangatnya sentuhan kau,
Yang selama ini cuma dinikmati di dalam angan.
Si Halimunan, si jejaka tampan.
Muncullah engkau di sisiku.
Marilah hidup bersama denganku.



9.4.12

53.

I feel like shit.. And all I can do is just.. Feel it.
Bukan susah pun untuk kau jadi sedikit sensitif terhadap perempuan. Tak susah pun untuk berubah menjadi sedikit memahami perempuan. Kau bilang kau sakit hidup di dalam kekerasan hati kau sendiri, namun bila disaran untuk melembutkan sedikit hati kau, kau enggan. Kata kau, ini adalah cara kau survive. Ini adalah satu satunya cara kelangsungan hidup kau. Kenapa perlu hidup di dalam kekerasan jiwa yang memakan diri kau semata mata itu adalah satu satunya cara untuk kau teruskan hidup?

Kau bukan pergi berperang, berjihad, jauh sekali. Kalau kau rasa kekerasan hati itu adalah ketetapan diri kau yang sebenar, tapi pada aku, itu salah. Cuba kau hormati dan sensitif terhadap perempuan seperti mana kau menghormati ibu kau sendiri. Kaum yang sama.

Kau kata ibu kau pesan, dalam dunia ni, jangan sesekali mainkan perasaan perempuan. Kau bilang pada aku seolah olah kau mengerti dan mengambil nasihat ibu kau itu sedalam dalamnya. Tapi pada aku, kau sedikit pun tidak memahami nasihat ibu kau.

Sebab kau terang terangan memperlekehkan dan merobek hati halus seorang perempuan, tanpa kau sedar. You don't know how much it hurts.. You never know...

6.4.12

52.

Hari ini. :)

4.4.12

51.

Konklusi perbualan tadi,
Aku marah, tersangat marah.
Ya, marah sampai tahap aku....
Menggigil. Gigi diketap. Air mata seakan ingin keluar.
Bukan sedih, tapi marah dan sakit hati.


Terima kasih.

3.4.12

50.

Nikotin baru.
Kafein baru.
Yang membuatkan aku ketagih.
Kau adalah nikotin itu.
Kau adalah kafein itu.
Kau punca insomnia menemani malamku.
Mungkin kelibat sekali lalu itu seakan tidak memberi impak pada yang lain,
Namun jelingan sekilas dari aku kepada kau,
Mampu menggamit mimpi mimpi indahku.
Kau,
Ketagihanku.
Kau,
Dadahku.

49.

Kau tak pernah macam ni. Kau berjanji dengan aku. Aku yang tak molek serba serbi. Yang tak mampu nak berikan kau sesuatu yang elok untuk disimpan. Yang busuk dan kotor.

Tapi kau berjanji untuk bersama dengan aku. Sesuatu yang kau.. Tak pernah lakukan pada siapa siapa.

31.3.12

48.

Selamat pagi sayang.
Selamat pagi cinta.
Bau embun menusuk jiwa.
Ah, semalam kau singgah di dalam mimpi nyata.
Mengapa bayang kau cuma menerpa sekilas sahaja?
Usah lah kau tersenyum di balik jendela.
Marilah ke sini, tunjukkan jasad kau yang sasa.
Setiap lengkok tubuh mu, sungguh memikat jiwa.
Hai sang jejaka,
Sang perawan ini ingin menghulur salam mesra,
Mari, mari kita mengenali hati kita bersama.

30.3.12

47.

Melihat kau di sana. Memandang kau di situ.
Hati ingin sekali menggapai tanganmu.
Menarik ke sini, dekat dengan ku.
Mata mengerling, bibir mengukir, tersenyum semanis madu.
Ah, kau sungguh indah. Sungguh indah, memikat jiwa.
Wahai jejaka, si perawan ini mendambakanmu.
Marilah ke sini, mari dekat dengan ku.

25.3.12

46.

Kata dia, "Kalau aku nak, maknanya, aku nak. Tengoklah sampai bila kau tahan perangai aku ni."

Kata aku pula, "Kalau aku tak nak, maknanya, aku tak nak. So, kau pun tengoklah sampai bila kau boleh tahan dengan perangai aku ni."

Both hard-headed. Dia seorang yang dogmatic. Aku seorang yang degil. Boleh ngam? Entah.

Dua dua taknak kalah.

22.3.12

45.

I can't help myself. I miss you, everyday, every single day. If only you know about it.

19.3.12

44.

Bila Mak Lang meninggal subuh tadi, perasaan yang menyelebungi aku, sama seperti ketika ibu meninggal. Bila aku terbayangkan waktu Mak Lang masih hidup, aku terus teringat pada arwah ibu. 

Dulu, aku nak kongsi masa depan aku dengan arwah ibu. Tapi tak sempat. Dan aku simpan semua keinginan itu, untuk dikongsi dengan Mak Lang. Tapi, tak sempat juga untuk dikongsi.

Sebab dia dah seperti ibu aku sendiri, yang menjaga aku dari kecil, yang menjaga arwah ibu aku sewaktu dia sakit. Terkilan aku. Terkilan sungguh.

Lalu, pada siapa ingin aku kongsikan masa depan aku? Yang tinggal hanya ayah. Janganlah ayah pergi lebih awal sebelum aku sempat berkongsi kegembiraan masa depan aku dengannya.

19 Mac 2012, Al-Fatihah.

18.3.12

43.

Aku tak tahu apa aku rasa. Cuma apa yang telah berlaku, aku cuma boleh simpan dan senyap. Sebab tu antara aku dan dia. Apa yang jadi, kami simpan. Kadang kala, boleh bertelingkah disebabkan perkara itu.

Aku suka bila ada yang sudi memberi respon terhadap sikap aku yang suka untuk mempertikaikan sesuatu perkara. Lebih lebih lagi dia. Aku suka bila dia memberi maklum balas atas semua perilaku aku. Pemikiran aku yang terkadang terlalu complicated, dan dia yang meleraikan. Bila aku mula menghantar mesej berbaur serius, dia juga memberi respon dan menyatakan pendapatnya. Pendapat aku dan dia, tentang hubungan kami.

Ada masa aku rasa lucu dengan persahabatan kami. Depan orang lain, macam kawan biasa. Namun di sebalik  semua itu, ada lagi bahagian yang tersimpan.

16.3.12

42.

I just came back from a meeting with the new commander of my battalion. He gave out his demands to us, the new rank holders. I didn't really put all my concentration on him, I was rather thinking about when I can go to sleep. Bloody sleepy. Not a good trait of a rank holder, I guess.

Reading on one of my friends' girlfriend blog, has made me feel like oh damn.. They are totally happy together. Living in fairy tales and some sort of cliche feelings that I usually have whenever I read or see those so-called-loving couples.

I am a failure when it comes to relationship. Yes, I am. I used to be in relationships, I tried to be serious with my ex's. But somehow, after 5 months, I started to feel boring and I lost my interest on them and on things that we're doing during that time. I just don't know why.

Now, I am leading my own life. I'm being the usual me. Hard-headed, selfish and vivid.

Well, I think I know why I always end up with break-up's.

The usual me, are all negatives. 

41.

Esok hari jadi dia. Kalaulah aku tak perlu berpura pura tidak mengetahui bila hari lahirnya, kan mudah. Boleh saja aku SMS jam 1200 malam ini, "Happy 22nd birthday, dear..". Tapi dek kerana aku dan beberapa orang teman telah berpakat ingin membuat sedikit kejutan buatnya pada esok hari, maka aku perlu terus berlakon, seolah olah aku tidak tahu, esok adalah hari penting buat dirinya.

Sebab ada suatu ketika, sewaktu aku, dia dan seorang rakan kami, sedang menikmati dessert di sebuah kedai, sambil dia mengerling ke arah sekelompok anak muda sedang seronok menyambut hari lahir seorang teman. Dia memandang sambil berkata, "Kan seronok kalau hari jadi aku, ada yang nak buat macam tu. Ada yang nak sambut."

Aku senyum. Kali ini, kami usahakan untuk kau. :)

14.3.12

40.

Selamat pagi. 

Hujan, aku suka hujan. Semalam berbasahan sambil berlari lari di dalam hujan. Sedikit sebanyak menggamit kenangan lalu sewaktu zaman belum mencapai puberty. Semuanya indah, tidak kiralah apa yang melanda, apa yang ada dalam jiwa seorang kanak kanak, cuma kegembiraan.

Ada sahabat menegur, mengatakan aku seolah mempunyai masalah. Menyimpan sesuatu seorang diri. Dan permasalahan itu dapat dilihat dengan jelas melalui raut wajah aku.

Sejujurnya, bukanlah aku tidak mempunyai masalah. Cuma, segala apa yang menimpa adalah di tahap minima. Tidak memberi sebarang impak atau kesan negatif dalam diri aku.

Mungkin tabiat aku sebagai seorang yang serius dan kurang tersenyum, membuatkan kau berfikir begitu. Apa apa pun, terima kasih kerana bertanya.

Namun seperti yang aku katakan, kalau aku perlukan bantuan, aku akan minta bantuan. Kalau aku tak minta apa apa dari siapa siapa, maka tolong jangan bertanyakan padaku sama ada aku sedang menghadapi masalah atau pun tidak.

Kerana persoalan sedemikian mengundang kerut di dahi aku, menandakan aku tidak selesa dengan pertanyaan tersebut.

Selagi aku boleh uruskan sendiri, aku uruskan. Kerana dari kecil aku sudah biasa hidup sendiri.

8.3.12

38.

Wahai diri, tolonglah rajin. Semester terakhir ni.

4.3.12

37.

"This could be the last time that I can touch your hand." Dia berkata. Sambil mata memandang ke filem yang sedang ditayangkan. Aku merenung ke mata itu, dengan penuh tanda tanya.

"Why?"

"Sooner or later I'm gonna die." Tenang, sungguh tenang dia mengatakannya. Sama ada dia sudah bersedia atau hanya pasrah dengan takdir Tuhan. 

Aku terkedu. Seakan ingin menitik air mata ini.

"Don't say that." Aku seperti selalu, deny akan realiti kehidupan. Ketentuan yang telah ditetapkan.

"Why not? You go and find someone better." Kami berpandangan.

Aku tunduk. Tak pasti apa yang hati ini rasakan. I can't afford another loss. Kehilangan ibu 6 tahun yang lalu sudah cukup meremukkan hati aku. 

Dan malam itu aku hanya mampu menyorokkan apa aku rasa. Mata aku masih menonton filem barat itu. Sambil ketawa mengekek ngekek, menyimpan gelora di hati. 

Jika benar hidup kau lebih pendek dari aku, aku terima. Kerana nyawa kau, bukan untuk aku simpan. Tapi diri kau, cerita kau dan aku, selayaknya untuk aku genggam dan ingati sebagai satu cerita istimewa antara kita.

1.3.12

36.

"I want nothing. I just want to fulfill what you ask. But then someday I'm not able to be there for you..."


"So just cherish it with me. Do trust me. And I trust you. Do keep what we do as a memory that we are willing to have for this kind of thing.."

Ringkas. Tapi bermakna. Aku faham. Aku faham semuanya. Kerisauan kau, kerisauan aku. Khuatir, nyawa itu diragut lebih awal dari yang dijangka.

Sayang.

29.2.12

35.

Dalam pada dia mengerling, aku menarik wajahku ke arah lain. Kenapa? Biarlah kau sendiri menarik kata kata itu, agar kita boleh kembali bersua seperti dahulu.

28.2.12

34.

Susah. Bila kita hanya mampu menjeling dan lihat dari jauh sahaja. Tiada guts untuk menegur, menyapa mahupun menyedekahkan senyuman manis kepada dia. Walaupun secara realitinya si perawan dan jejaka adalah rakan seusia namun bagai ada ruang yang terpaksa diwujudkan dek kerana mahu menjaga ego si jejaka. Malu barangkali jika dirinya ditegur oleh si perawan di depan khalayak.

Kenapa perlu malu?

27.2.12

33.

Hari hari makin sibuk dihambat tugasan yang tidak berkesudahan. Lumrah menjadi seorang manusia yang sedang mengaji, perlu bagi diri ini untuk menerapkan rasa supaya tidak mengeluh. Apalah sangat dugaan mengejar ilmu ini jika hendak dibandingkan dengan ujian kekasih-kekasih-Nya. 

6 bulan yang terakhir di sini, di situ, di sana. Di kelas kelas yang banyak menggamit memori di setiap ruang ruang laluan koridor, di setiap anak anak tangga, di setiap aras, semua, ada cerita.

Jadikan yang terakhir ini sebagai yang terbaik. Ya, terbaik.

21.2.12

32.

All of these lines across my face
Tell you the story of who I am
So many stories of where I've been
And how I got to where I am

But these stories don't mean anything
When you've got no one to tell them to
It's true...I was made for you

I climbed across the mountain tops
Swam all across the ocean blue
I crossed all the lines and I broke all the rules
But baby I broke them all for you

Because even when I was flat broke
You made me feel like a million bucks
You do
I was made for you

You see the smile that's on my mouth
It's hiding the words that don't come out
And all of my friends who think that I'm blessed
They don't know my head is a mess

No, they don't know who I really am
And they don't know what
I've been through like you do
And I was made for you...


All of these lines across my face
Tell you the story of who I am
So many stories of where I've been
And how I got to where I am

But these stories don't mean anything
When you've got no one to tell them to
It's true...I was made for you..


Brandi Carlile - The Story

18.2.12

31.

Living in a house.

But not a home.

I need to break everything, I've been trying for all these years. But I fail and keep on failing. I just don't know myself anymore.

17.2.12

30.

"Kalau hari ni hari last saya hidup, awak nak buat apa?" Katanya sayu sambil melabuhkan kepalanya ke bahu kiriku.

"Saya nak peluk awak." Kepalaku diletakkan di tepi kepalanya. Dia menggenggam tanganku.

"Terima kasih." Suaranya sayup, dapat aku dengar seakan dia menahan tangis.

"Untuk apa?" Balasku sambil mengusap jemarinya, jemari yang kian cengkung. Jauh lebih kurus berbanding 3 bulan lalu.

"Kerana menjadi cinta terakhir saya." Dan air mata itu tumpah dari sepasang mata indah miliknya.

16.2.12

29.

Alhamdulillah. Result sangat sangat menggembirakan. :)

14.2.12

28.

Life is about making choices. The good ones or the other way round. We tend to choose things that make us happy. But not all the happiness that we choose is a good choice for us.

How come it is not a good decision when it is one that makes us happy?


12.2.12

27.

"Ketegaq."
"Tapi tak bijak."

Mudah. Itu sahaja yang dia katakan pada aku. Tapi aku faham apa yang dia cuba sampaikan. Dan dia, sentiasa menjadi dirinya. Telus dan jujur dalam memberi nasihat. Terima kasih.. Kawan.

**

Sudah dua malam aku selsema dan sedikit sakit kepala. Tak tahan dengan hingus yang laju mengalir dan mata serta hidung yang kemerah merahan.

Aduh. Lekaslah sembuh.

**

Dan kamu, biar orang kata aku ni tak berpijak di bumi nyata, tapi jauh di sudut hati aku sentiasa mengharapkan sesuatu yang indah akan berlaku..


26.

Bukan senang nak berhenti. Bukan senang nak lupakan. 4 tahun bukan sekejap.

11.2.12

25.

Susah. Rasa susah bila kita berselisih dengan seseorang yang tak tahu akan kewujudan kita ini. Kita ni seorang yang asing buat mereka. Tapi mereka tidak asing pada diri kita. Segala macam cerita, rahsia hitam yang mereka simpan, kita tahu. Tapi mereka tidak tahu bahawa rahsia mereka bukan lagi rahsia.

Berjumpa dengan mereka dan berpura pura tidak mengenali. Memandang wajah mereka dan berlakon tidak mengetahui. Sukar, amat menyeksa jiwa ini. Seolah satu bebanan tertanggung berat tidak bertali.

Kadang kadang, apa yang mampu dilakukan hanyalah memandang, dan cuma mampu berimaginasi mengenai sesuatu itu. Kadang kadang, apa yang aku lakukan hanyalah mengeluh, mengharapkan segala apa yang telah berlaku, tidak akan pernah berlaku.


10.2.12

24.

"Tapi I'm happy dapat jumpa you.. Hilang rindu kat you..'


"Hm.. Ye ke.. Atau you happy sebab benda lain?"


"Sayang.. I bukan happy untuk itu aje.."


"Dah tu.. You happy sebab apa lagi?"


"Jumpa you is the main.."


"Okay.. Then in return, I pun happy juga. Well, didn't expect that I can meet you.."


"You happy dapat jumpa I?"


"Happy la.. Why shouldn't I be happy when you were next to me.."


Yes, why shouldn't I be happy when you are the one I've been waiting for..The one that I've always dream about.. The one that I hope I can keep forever..

I hope..

8.2.12

23.




Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku


It's funny when you still have feelings for a person who doesn't worth for you to wait for. Despite all the things that he did, the mistakes, you still wait for him. Hoping for a miracle to happen. Although reality doesn't seem to allow it to happen.

The reason is simple,

Because nobody treats you the way he did.

7.2.12

22.

Bacalah diri aku menerusi susunan aksara di sini.
Mungkin semuanya di sini palsu belaka.
Yang sengaja disusun cantik cantik, menghidupkan sesuatu yang tak pernah wujud.
Mainan kata kata yang sangat retorik, mampu mencium nafsu minda.
Senggama paling menginzalkan.

Ah.
Persetankan itu semua.
Aku cuma seorang manusia, berjantina perempuan.
Tidak lari dari lumrah manusia normal yang lain.
Yang mengeji perempuan gedik,
Yang mengherdik lelaki kurus bersinglet.
Yang tidak sudah sudah memandang serong generasi terencat yang memenuhi Pavilion.

Kau tahu, apa yang paling aku rimaskan di bandar bandar sesak dan menyesatkan itu?
Aku rimas tentang bagaimana bangunan mewah tapi mati nilai moralnya itu
Sedikit demi sedikit menghakis jati diri generasi kini.
Berada di situ, kemudian duduk memekak tanpa arah tuju
Konon kota ini aku yang punya
Konon kompleks ini bapa aku yang punya

Wahai budak
Sedarlah engkau tentang tahap diri kau tu di mana
Masih mengaji di sekolah, sama ada berseluar biru gelap atau hijau
Sama ada berkain biru gelap atau turquoise 
Yang penting, kau masih menyarung uniform sekolah
Yang masih hidup dan bernafas di bawah payung wang gaji orang tua kau
Yang belum mengerti perit jerih mereka mencari wang untuk menyara kau

Kan lebih bagus kalau mereka semua punya kesedaran ini semua
Dan tidaklah mereka menghabiskan sisa sisa masa muda mereka
Dengan memakai mask Jabbawockeez dan berjalan ke hulur hilir di bawah panas terik mentari

Kan aku cakap, kau ni mengaji pun tak habis lagi
Kan aku cakap, kau ni bodoh tak sudah.

6.2.12

21.

Kubikel masa seakan berlaku kejam terhadapnya.
Setiap rongga memori itu dibiarkan berlubang tiada terisi.
Dan seringkali bila jasadnya bersendirian di kelambu malam,
Setiap itulah jua imejan wajah bengis itu menerobos masuk menerusi khayalan mata.
Bukan dia tidak mengaduh sakit,
Bukan dia tidak mengerang perit,
Tapi suara yang tersekat di kerongkong
Bagaikan membenarkan wajah bengis dan sadis itu merasuk jiwanya
Sudahnya, dia termengah mengah sendirian di kelambu malam itu
Dari cadar asal berwarna putih
Kini bertukar hitam kemerah merahan
Simbolik kepada kejahilan dan kesakitan yang diakibatkan dari saitan durjana itu
Biar dia usaha banyak mana sekalipun
Biar keringat itu habis diperah sekalipun
Wajah wajah kejahilan itu akan tetap menghantui hidupnya
Sehingga perjanjian di antara dia dan saitan itu termeterai, terlunaskan dek dendam membara
Matilah jiwanya walau jasadnya hidup bernafas dalam sesak.

5.2.12

20.

Berjumpa dengan kau semalam benar benar memberi senyum pada wajah muram aku. Biarpun hanya sekejap cuma, biarpun berita yang kau khabarkan tidak menggembirakan, tapi tiadanya aku kisah pada perkara itu semua. Momen terindah hanya berlaku saat aku memandang ke mata itu. Mata yang tidak pernah gagal mencuri hatiku. Rindu terubat tatkala kau datang menjemputku. Hati tersenyum bila kau ada di sisi ku. Walau apa yang terjadi, kau tak akan pernah padam dalam jiwa ini. Biar kau bersama yang lain, biar kau tidak disamping, aku tetap merindui kau, sampai kapan pun, aku tetap mengingati kau.


3.2.12

19.


Zombijaya. Buku Fixi yang ketiga aku baca selepas Pecah dan Kelabu. Kelabu nanti aku buat review versi aku, sebab right now kawan aku pinjam buku tu.

Zombijaya. 

Haruslah pasal zombi. Watak utama atau hero dalam novel ni ialah Nipis, atau nama mengikut kad pengenalan dia ialah Ramadan bin Kamaruzzaman. Dapat nama Nipis sebab dia kurus melidi dan berambut afro. Berubah 360 darjah nama dia tu.

Mula mula aku baca, Nipis ni jenis hati kering, tak peduli pasal orang semua dan cakap main ikut nafsu lidah dia je. Akal ada tapi tak guna. Aku paling suka dialog ni, pada halaman 60,

"Mana satu yang nak kongkek kakak aku ni?" Nipis bertanya kepada Aliff dan Kamarul dengan muka selamba. Penampar tangan kanan Ana melekat ke pipi Nipis.

"ALA, ORANG BUAT LAWAK JE."

"LAWAK KEPALA BAPAK KAU!"

Waktu dia kena tampar lepas tu menjerit macam tu aku rasa kelakar. Aku dah terbayang muka dia waktu kena tampar lepas tu menjerit macam tu. Macam lawak je pulak.

Okay, Zombijaya ni mengisahkan penyebaran virus zombi yang merebak dengan pantas di Malaysia ni. Punca penyebaran berlaku apabila seorang manusia normal digigit dan dilapah daging dan isi badannya oleh zombi zombi yang sangat laparkan daging segar bugar manusia ni. Dan tipikal cerita zombi, selepas manusia itu mati digigit, dia pula akan hidup semula menjadi zombi dan mencari manusia yang segar dan masih hidup untuk dijadikan makan pagi, tengah hari, malam dan supper.

Dan Nipis, walaupun watak dia sangatlah bodoh piang sebab dia digambarkan sebagai seorang yang gagal dalam hidup, yang sangat tidak mengambil kisah hal persekitaran dia dan hanya melakukan apa sahaja perkara yang dia suka. 

Sikap ni boleh dilihat bila zombi dah mula merebak tapi dia masih tak sedar akan perkara ini. Bila kawan rumah dia, Boroi yang dah bertelanjang bulat depan dia, yang dah jadi zombi pun dia masih tak sedar lagi. Tapi lepas dia dah ada rasa yang tak kena, baru nampak sifat sifat hero dalam diri Nipis ni mula mengembang seiring dengan jalan cerita novel ni.

Ada beberapa perkara yang buatkan aku tak berapa nak teruja pasal Zombijaya.

First, dalam novel ni tak diberitahu punca sebenar virus zombi tu. Dari mana datangnya penyakit ni. Tahu tahu je, Aliff dah kena gigit dengan anjing liar (tapi aku rasa ni anjing zombi) dan lepas beberapa hari kena gigit, Aliff lak transform jadi zombi. Lepas tu Ana jadi, sebab Ana ada senggama dengan Aliff dalam kereta, waktu tu Aliff dah kena gigit dengan anjing. Seingat aku Ana tak kena gigit pun tapi lepas dia senggama dengan Aliff, dia pun kena juga virus tu. Correct me if I'm wrong.

Second, cerita ni hanya pasal survival Nipis dan geng geng dia yang masih hidup. Tak terlalu detail macam dalam movie mat salleh tu. Yang ada pertubuhan perubatan sendiri dalam usaha nak mencari penawar atau vaksin penyakit zombi ni.

Third, watak Kamarul dan Melur, selepas terhempas dari kapal terbang. Watak mereka mati di tengah tengah cerita dan hanya muncul di pengakhiran cerita. Kamarul dan Melur berjaya survive berdua. Dari tengah tengah laut tiba tiba ada dekat hentian R&R mana entah. Tak ada cerita bagaimana mereka survive.

Forth, ending cerita ni, bandar bandar utama di KL dan Selangor dah menjadi jajahan zombi. Tiada vaksin dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia dan Nipis, walaupun digigit masih mampu bertahan menjadi manusia biasa selama 2 bulan kemudian dia bersama motor berkuasa tingginya pulang semula ke KL untuk mencari kawan kawannya dan bangsat bangsat yang membiarkan dia mati. Aku pun tak faham bila dia kata nak cari bangsat bangsat yang biarkan dia mati.

Fifth, cerita ni macam ada sequel pulak.

Apa apa pun, cerita ni pada aku tak lari dari gambaran sifat semulajadi seorang zombi, iaitu : mayat hidup, makan orang, jalan lambat, attack kepala baru boleh mati. 

Orang kata, nak cerita ikut kepala sendiri buat lah cerita sendiri kan? Tapi cerita ni berjaya buat aku terbayang bayang dan mendalami setiap peristiwa yang berlaku sepanjang survival Nipis and the gang. Bila baca KL dah penuh dengan zombi semua aku rasa macam, betul ke KL dah penuh dengan zombi sekarang ni? Tapi malangnya, tu semua hanya berlaku dalam Zombijaya.

My personal rate, 3.5/5. Tahniah Adib Zaini!

1.2.12

18.

Andai aku tahu kerosakan ada di situ, tidak sekali kali aku menyapa engkau.
Bagaikan ada satu bisikan halus durja menyeluk masuk ke dalam setiap pori pori.
Setiap nafas yang terakhir bagaikan emas yang sangat berharga.

Berlari makin lelah aku berlari.
Kerakusan kau mengejarku semakin dasyat membaham privasi.
Ingin aku mamah setiap inci jantung engkau agar kau tidak lagi hidup di bumi ini.
Biar kau mati hidup kembali menjadi zombi,
Tidak akan sekali kali aku ke sisi.

Orang kata, good things come to those who wait.
Then, I'm gonna wait until good things come to me.
And you, you are not one of those good things.
So, just go away and lead your own life instead.

29.1.12

17.

Aku mula rasa tak selamat kalau keluar ke mana mana. Terutamanya those hot spots yang aku selalu pergi dulu. Sekarang kalau aku nak ke situ, aku akan fikir berkali kali, sama ada aku nak pergi atau tak. Sebab dekat situ ada ramai kawan kawan dia, yang jadi mata mata. 

Kalau aku keluar sorang pun aku jadi risau. Takkan aku nak sentiasa dengan kawan aku. Mereka pun bukan 24/7 available untuk aku. Dan aku pun tak boleh nak paksa mereka untuk teman aku. 

Tadi keluar pun aku jalan cepat cepat. Cari apa yang aku nak cari sahaja. Aku tak window shopping, tak belek belek benda yang bukan aku nak beli. Dah dapat barang yang aku nak beli, aku terus balik. Bukan sebab mengejar masa, tapi sebab khuatir kalau tiba tiba dia ada di depan mata.

Rasa macam pelarian pun ada. Macam banduan lari dari polis. Sentiasa was was dan curiga dengan persekitaran aku. Sampai bila aku nak macam ni?

26.1.12

16.

Aku nak menulis something, something yang aku pun tak tahu apa. Tapi yang aku tahu, ada sesuatu yang membuatkan aku gian dan gatal nak menulis. 

Setakat ni 2012 masih belum berlaku baik pada aku. Pihak yang aku ingin hapuskan wataknya dalam hidup aku, masih lagi bernafas dan mengganggu aku. Ada unsur blackmailing dalam setiap yang dia nyatakan kepada aku. 

Ada satu lelaki, aku sudah kenal lama. Peranan dia dalam hati aku, sangat besar. Hinggakan, aku sanggup menjadi tempat dia mengeluh dan berbasa basi mengenai apa sahaja. Semuanya tentang dia. Jarang sekali tentang aku. 

Iyalah, untuk apa dia bertanyakan tentang aku. Aku cuma satu watak yang hanya dia sahaja tahu kewujudan aku dalam kehidupan dia. Mungkin, bukan dia sahaja. Ada seorang lagi dalam life dia, yang tahu akan kewujudan aku. 

Aku pun seakan selesa dengan kedudukan aku dalam life dia. Biar aku duduk di tangga ketiga atau keempat sekali pun, sekurang kurangnya, dia pernah percayakan aku. Dan aku tahu, masih ada sedikit kepercayaan yang dia taruh ke atas aku, walaupun aku pernah mengkhianatinya, dengan sengaja. Semuanya atas tujuan mahu memberinya pengajaran.

Tapi, dia masih mencari aku tatkala dia perlukan sebarang kata kata dari seseorang. Tak kiralah bernas atau tak, yang pasti setiap hujah aku terhadap masalah dia, jarang sekali membabitkan emosi. Rasional sentiasa di atas.

Tak kisahlah betapa tinggi harapan aku terhadap dia, aku yakin dan tahu ianya kekal sebagai harapan. Aku cuba hubunginya tapi tiada berbalas. Sibuk barangkali. Aku tahu dia sibuk.

Dan tahun ini, memang tahun paling sibuk dan penting dalam kehidupannya.

Cuma ada satu kerisauan yang menjengah, aku khuatir kalau kalau seseorang dari masa lepas aku, menghubunginya. 

Aku harap, perkara itu tidak berlaku.

15.


Sekarang ni macam trend pula baca Buku Fixi. Aku pun turut terkena jangkitan ni. Aku sebelum ni dah baca Amerika karya Ridhwan Saidi dan analogi cerpen Orang Macam Kita keluaran Matahari Books. Tapi aku takda buat review ke apa sebab Amerika terlalu epik untuk aku buat review. Mantap sangat. 

Pecah ni aku baca (eh aku tak beli guna BB1M okay, aku tak salah guna fungsi BB1M) sebab cerita ni sedang dalam proses nak ditayangkan, kiranya nak buat movie lah. So aku rasa kenapa dalam banyak banyak buku Fixi, Pecah yang dipilih untuk dibuat movie? Hebat sangat ke jalan cerita dia? Aku rasa Pecah baru je lagi masuk pasaran, terus nak ada movie. Kalah Ombak Rindu yang dah berzaman dalam market, baru tahun lepas ada movie. 

Jadi, bagi menjawab pertanyaan aku ni maka aku pun belilah Pecah.

Macam review lain juga, plot ceritanya tak tersusun. Jadi aku macam banyak kali lost waktu aku baca cerita ni. Aku tak faham apa kaitan Bakar dan Kazim dengan rompakan 4 sahabat ni; Herman, Alan, Radi dan Don. Herman lawyer, untuk apa dia nak rompak bank? Kenapa seorang lawyer yang ada anak dara seorang ni, nak buat kerja kerja macam tu? Gaji dia tak cukup ke apa?

Then aku pun baca dan baca. Semua watak dalam cerita ni ada kaitan antara watak watak yang lain. Herman, Lidya, Bakar, Kazim, Sarah, Nora, Anida, Kiah, Alan, Radi, Don dan lain lain. Ada lagi ke? Entah, tak ingat dah. Tapi untuk mengetahui apa tujuan rompakan tu, apa kaitan watak watak tu semua, memang kena bacalah sampai habis. Kalau baca separuh jalan memang tak jumpa penyudah konflik dia bagaimana.

Tapi makin lama aku baca, aku mula dapat tangkap apa yang berlaku. Starting dari bab 44, bila anggota Inspektor Paul dah jumpa siapa pemilik peti deposit 136. Dari situ dah boleh baca dan agak perkaitan tujuan rompakan dan perkaitan setiap watak dengan watak yang lain. Lepas dari bab 44 dan ke atas, aku dah boleh baca jalan cerita dia macam mana.

Tapi memang satu rompakan terancanglah. Dan ending dia, memang lain dari yang lain.

Overall aku rate secara peribadi, 3.5/5. Well done Khairulnizam Bakeri!

Lepas ni Kelabu dan Zombijaya pula. Aku tahu aku lambat, but better late than never.

23.1.12

14.

Aku tak kisah kalau orang nak bagi nasihat. Cumanya, jika aku agak berkeras dan degil pada awal mula menerima nasihat, itu adalah respon normal dari aku. Bukannya aku tak ambil pusing langsung. 

Cuma yang buat aku meluat ialah, apabila seseorang yang asing dalam kehidupan aku, tiba tiba tampil ingin menjadi hero/heroin dalam menyelesaikan masalah peribadi aku. Hero/heroin yang tidak tahu asal usul cerita sebenar, yang tidak tahu pokok pangkal kisah aku, hadir dan mula memberi respon berdasarkan pemerhatian sekali imbas mereka.

Hipotesis awal mereka melalui pemerhatian sambil lalu, mengatakan aku begini dan begitu. Memanglah aku akan naik syeikh kalau mereka sewenang-wenangnya buat tafsiran sendiri tentang kehidupan aku.

Dan aku memang susah nak terima pendapat orang, lebih lebih lagi pendapat orang asing macam mereka yang tak tahu pokok pangkal cerita.

Oh penegasan, aku memang "susah" nak terima pendapat orang, bukan "tak boleh" terima pendapat langsung. Nanti, ada hero/heroin yang salah faham pula.

22.1.12

13.

Ohh handphone. Tercicir pula. Tunggulah esok.

21.1.12

11.

Selepas ini, kita jauh. Aku harap kau jaga diri di sana. Nun di utara. Aku tahu kau bakal sibuk. Sibuk dengan tugasan, berkhidmat di bawah pemerintah tertinggi negara. Setahun kemudian, aku menyusul. Mengharapkan hubungan kita tidak akan putus, tidak mati ditelan masa, tidak luak dimamah jarak. Sentiasa ada bila diperlukan. Semoga kau sukses selalu. Terima kasih di atas segala bantuan kau terhadap aku.

Yang paling utama, terima kasih kerana menerima diri aku seadanya.

19.1.12

7.


Lagi sekali, aku mati akal.

18.1.12

6.

Karma. Hari ni kau buat orang sakit. Esok lusa, orang buat kau sakit. Dan bila dah sakit, baru teringat kesilapan kau pada orang orang sekitar kau.

Malam ni aku jadi sakit hati dengan kau. Kau yang dulu tak sudah sudah menyatakan rasa kau pada perempuan itu, dan dek kerana respon dingin aku tempoh hari, kau berkeputusan untuk tidak bertindak balas terhadap aku, kau ignore aku.

Habis, selama aku menjadi peminjam telinga, penyumbang idea terhadap kau, kau tak pernah fikir apa aku rasa? Benarlah, buat baik jangan diharap kita akan dapat balasan baik. 

Memang, fi'il manusia makin lama makin menjengkelkan. Sudahnya, berinteraksi dengan diri sendiri lebih molek, lebih menyedapkan hati. Konklusinya, setelah apa yang berlaku, cuma kita sahaja yang faham apa yang kita rasa.

Orang lain? Cuma aktor tambahan tanpa skrip yang peranannya seringkali menggoncangkan emosi dan memakan hati kita.

"Haha takpela. Water under the bridge man. What to do kan. I'm just a jerk and ever will be. Nite Dahlia."

Yes, you are a jerk, and keep on acting like one until your soul is ripped from your body.

17.1.12

5.

Aku disimpan
Di dalam ruang yang hanya engkau tahu
Biar di setiap pelosok alam manusia mencari
Hanya engkau sahaja yang tahu di mana aku disembunyi

Indahnya rasa ini
Bila kau berbicara lembut di sisi
Setiap janji bagaikan ditanam subur
Dan seolah hubungan kita tidak akan pernah berkubur

Kekasih gelap
Komunikasi yang makin malap
Namun rasa ini tidak pernah padam
Biarpun aku seorang pada tiap malam

15.1.12

3.

Pagi.

Bangun seperti biasa, mandi. Aku menantikan kau untuk mengatakan sesuatu. Pagi pagi lagi aku menghadap handphone, namun seperti biasa. Tiada mesej atau panggilan dari kau.

Lalu aku mandi dan panaskan air. Usai mandi, aku bancuh minuman kegemaran, Nescafe 3 in 1. Entah berapa banyak konsamsyen aku terhadap minuman segera ini. Yang pasti, seakan ada ketenangan bila kafein itu dijamah.

Bagaikan manusia yang tiada hala tujunya pada hari minggu, aku cuma hidupkan mesin berteknologi pemberian ayahku ini, lalu aku tekan ikon DiGi Internet. Tunggu dan tunggu sehingga koneksi berjaya disambungkan. Seperti biasa, laman fesbuk menjadi tatapan utama. Sekadar mengupdate status di ruangan sosial itu, "Selamat pagi semua, :)". Sedikit emoticon senyum di penghujung status, buat pengkabur hati dan perasaan sebenar aku tatkala ini.

Aku tatap lagi handphone pemberian ayahku ini, namun senyap tidak berbunyi, hitam tidak bernyala. Ya, hampir ke semua barang berteknologi adalah pemberian ayahku kepada anaknya yang satu ini. Aku jarang merasa susah dari segi kewangan, itu rezeki yang Dia berikan buat kami sekeluarga.

Dan fikiran ini merewang-rewang, mengharapkan kau membalas pertanyaan ku pagi ini, walau aku tahu, kebarangkalian untuk kau balas sangatlah rendah. Dan aku biarkan diri aku diselubungi angan tak berkesudahan.

Konklusi pagi Ahad ini, harapan sentiasa membingungkan kita. Kita mengharapkan ianya terjadi, tapi kita tidak pasti sekiranya ianya boleh atau tidak berlaku. Dan harapan, seringkali membunuh.

Maka, perlukah aku terus berharap atau putuskan sahaja harapan itu?

2.

What more can I do? Aku tetap nak menulis. Tak kira lah kalau penulisan aku layak dipijak dan dibuang, tapi aku tetap nak menulis. I used to have.. two blogs. But then I decide to stop my three years writings and create a new one. Semua sebab seseorang, sebab dia. Sebab dialah aku berkeputusan untuk membuat ruangan baru untuk aku melampiaskan segalanya. Sebab aku tak mahu diganggu, dibaca segala apa yang aku tulis. Aku tak mahu dia tahu apa yang terbuku dalam hati dan fikiran aku. 

Haha.

Biarkan dia. Biarlah dia berkeliaran mengagau mencari aku. Baik di ruangan maya atau realiti. Lari dari kau beerti aku lari dari kesakitan. Mencipta sesuatu tanpa kau beerti aku mencipta kebahagiaan. Dan aku tahu, Dia pemberi keenakkan kehidupan.

Kalau kau masih lagi mencari aku, kau tahu letak duduk jasad aku di mana. Tapi kau tidak akan tahu hati aku berada di mana. 

Biarkan aku begini.

1.

"There is no greater agony than bearing an untold story inside you" - Maya Angelou.


Hai, aku Dahlia.