3.2.12

19.


Zombijaya. Buku Fixi yang ketiga aku baca selepas Pecah dan Kelabu. Kelabu nanti aku buat review versi aku, sebab right now kawan aku pinjam buku tu.

Zombijaya. 

Haruslah pasal zombi. Watak utama atau hero dalam novel ni ialah Nipis, atau nama mengikut kad pengenalan dia ialah Ramadan bin Kamaruzzaman. Dapat nama Nipis sebab dia kurus melidi dan berambut afro. Berubah 360 darjah nama dia tu.

Mula mula aku baca, Nipis ni jenis hati kering, tak peduli pasal orang semua dan cakap main ikut nafsu lidah dia je. Akal ada tapi tak guna. Aku paling suka dialog ni, pada halaman 60,

"Mana satu yang nak kongkek kakak aku ni?" Nipis bertanya kepada Aliff dan Kamarul dengan muka selamba. Penampar tangan kanan Ana melekat ke pipi Nipis.

"ALA, ORANG BUAT LAWAK JE."

"LAWAK KEPALA BAPAK KAU!"

Waktu dia kena tampar lepas tu menjerit macam tu aku rasa kelakar. Aku dah terbayang muka dia waktu kena tampar lepas tu menjerit macam tu. Macam lawak je pulak.

Okay, Zombijaya ni mengisahkan penyebaran virus zombi yang merebak dengan pantas di Malaysia ni. Punca penyebaran berlaku apabila seorang manusia normal digigit dan dilapah daging dan isi badannya oleh zombi zombi yang sangat laparkan daging segar bugar manusia ni. Dan tipikal cerita zombi, selepas manusia itu mati digigit, dia pula akan hidup semula menjadi zombi dan mencari manusia yang segar dan masih hidup untuk dijadikan makan pagi, tengah hari, malam dan supper.

Dan Nipis, walaupun watak dia sangatlah bodoh piang sebab dia digambarkan sebagai seorang yang gagal dalam hidup, yang sangat tidak mengambil kisah hal persekitaran dia dan hanya melakukan apa sahaja perkara yang dia suka. 

Sikap ni boleh dilihat bila zombi dah mula merebak tapi dia masih tak sedar akan perkara ini. Bila kawan rumah dia, Boroi yang dah bertelanjang bulat depan dia, yang dah jadi zombi pun dia masih tak sedar lagi. Tapi lepas dia dah ada rasa yang tak kena, baru nampak sifat sifat hero dalam diri Nipis ni mula mengembang seiring dengan jalan cerita novel ni.

Ada beberapa perkara yang buatkan aku tak berapa nak teruja pasal Zombijaya.

First, dalam novel ni tak diberitahu punca sebenar virus zombi tu. Dari mana datangnya penyakit ni. Tahu tahu je, Aliff dah kena gigit dengan anjing liar (tapi aku rasa ni anjing zombi) dan lepas beberapa hari kena gigit, Aliff lak transform jadi zombi. Lepas tu Ana jadi, sebab Ana ada senggama dengan Aliff dalam kereta, waktu tu Aliff dah kena gigit dengan anjing. Seingat aku Ana tak kena gigit pun tapi lepas dia senggama dengan Aliff, dia pun kena juga virus tu. Correct me if I'm wrong.

Second, cerita ni hanya pasal survival Nipis dan geng geng dia yang masih hidup. Tak terlalu detail macam dalam movie mat salleh tu. Yang ada pertubuhan perubatan sendiri dalam usaha nak mencari penawar atau vaksin penyakit zombi ni.

Third, watak Kamarul dan Melur, selepas terhempas dari kapal terbang. Watak mereka mati di tengah tengah cerita dan hanya muncul di pengakhiran cerita. Kamarul dan Melur berjaya survive berdua. Dari tengah tengah laut tiba tiba ada dekat hentian R&R mana entah. Tak ada cerita bagaimana mereka survive.

Forth, ending cerita ni, bandar bandar utama di KL dan Selangor dah menjadi jajahan zombi. Tiada vaksin dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia dan Nipis, walaupun digigit masih mampu bertahan menjadi manusia biasa selama 2 bulan kemudian dia bersama motor berkuasa tingginya pulang semula ke KL untuk mencari kawan kawannya dan bangsat bangsat yang membiarkan dia mati. Aku pun tak faham bila dia kata nak cari bangsat bangsat yang biarkan dia mati.

Fifth, cerita ni macam ada sequel pulak.

Apa apa pun, cerita ni pada aku tak lari dari gambaran sifat semulajadi seorang zombi, iaitu : mayat hidup, makan orang, jalan lambat, attack kepala baru boleh mati. 

Orang kata, nak cerita ikut kepala sendiri buat lah cerita sendiri kan? Tapi cerita ni berjaya buat aku terbayang bayang dan mendalami setiap peristiwa yang berlaku sepanjang survival Nipis and the gang. Bila baca KL dah penuh dengan zombi semua aku rasa macam, betul ke KL dah penuh dengan zombi sekarang ni? Tapi malangnya, tu semua hanya berlaku dalam Zombijaya.

My personal rate, 3.5/5. Tahniah Adib Zaini!

No comments:

Post a Comment