29.1.12

17.

Aku mula rasa tak selamat kalau keluar ke mana mana. Terutamanya those hot spots yang aku selalu pergi dulu. Sekarang kalau aku nak ke situ, aku akan fikir berkali kali, sama ada aku nak pergi atau tak. Sebab dekat situ ada ramai kawan kawan dia, yang jadi mata mata. 

Kalau aku keluar sorang pun aku jadi risau. Takkan aku nak sentiasa dengan kawan aku. Mereka pun bukan 24/7 available untuk aku. Dan aku pun tak boleh nak paksa mereka untuk teman aku. 

Tadi keluar pun aku jalan cepat cepat. Cari apa yang aku nak cari sahaja. Aku tak window shopping, tak belek belek benda yang bukan aku nak beli. Dah dapat barang yang aku nak beli, aku terus balik. Bukan sebab mengejar masa, tapi sebab khuatir kalau tiba tiba dia ada di depan mata.

Rasa macam pelarian pun ada. Macam banduan lari dari polis. Sentiasa was was dan curiga dengan persekitaran aku. Sampai bila aku nak macam ni?

26.1.12

16.

Aku nak menulis something, something yang aku pun tak tahu apa. Tapi yang aku tahu, ada sesuatu yang membuatkan aku gian dan gatal nak menulis. 

Setakat ni 2012 masih belum berlaku baik pada aku. Pihak yang aku ingin hapuskan wataknya dalam hidup aku, masih lagi bernafas dan mengganggu aku. Ada unsur blackmailing dalam setiap yang dia nyatakan kepada aku. 

Ada satu lelaki, aku sudah kenal lama. Peranan dia dalam hati aku, sangat besar. Hinggakan, aku sanggup menjadi tempat dia mengeluh dan berbasa basi mengenai apa sahaja. Semuanya tentang dia. Jarang sekali tentang aku. 

Iyalah, untuk apa dia bertanyakan tentang aku. Aku cuma satu watak yang hanya dia sahaja tahu kewujudan aku dalam kehidupan dia. Mungkin, bukan dia sahaja. Ada seorang lagi dalam life dia, yang tahu akan kewujudan aku. 

Aku pun seakan selesa dengan kedudukan aku dalam life dia. Biar aku duduk di tangga ketiga atau keempat sekali pun, sekurang kurangnya, dia pernah percayakan aku. Dan aku tahu, masih ada sedikit kepercayaan yang dia taruh ke atas aku, walaupun aku pernah mengkhianatinya, dengan sengaja. Semuanya atas tujuan mahu memberinya pengajaran.

Tapi, dia masih mencari aku tatkala dia perlukan sebarang kata kata dari seseorang. Tak kiralah bernas atau tak, yang pasti setiap hujah aku terhadap masalah dia, jarang sekali membabitkan emosi. Rasional sentiasa di atas.

Tak kisahlah betapa tinggi harapan aku terhadap dia, aku yakin dan tahu ianya kekal sebagai harapan. Aku cuba hubunginya tapi tiada berbalas. Sibuk barangkali. Aku tahu dia sibuk.

Dan tahun ini, memang tahun paling sibuk dan penting dalam kehidupannya.

Cuma ada satu kerisauan yang menjengah, aku khuatir kalau kalau seseorang dari masa lepas aku, menghubunginya. 

Aku harap, perkara itu tidak berlaku.

15.


Sekarang ni macam trend pula baca Buku Fixi. Aku pun turut terkena jangkitan ni. Aku sebelum ni dah baca Amerika karya Ridhwan Saidi dan analogi cerpen Orang Macam Kita keluaran Matahari Books. Tapi aku takda buat review ke apa sebab Amerika terlalu epik untuk aku buat review. Mantap sangat. 

Pecah ni aku baca (eh aku tak beli guna BB1M okay, aku tak salah guna fungsi BB1M) sebab cerita ni sedang dalam proses nak ditayangkan, kiranya nak buat movie lah. So aku rasa kenapa dalam banyak banyak buku Fixi, Pecah yang dipilih untuk dibuat movie? Hebat sangat ke jalan cerita dia? Aku rasa Pecah baru je lagi masuk pasaran, terus nak ada movie. Kalah Ombak Rindu yang dah berzaman dalam market, baru tahun lepas ada movie. 

Jadi, bagi menjawab pertanyaan aku ni maka aku pun belilah Pecah.

Macam review lain juga, plot ceritanya tak tersusun. Jadi aku macam banyak kali lost waktu aku baca cerita ni. Aku tak faham apa kaitan Bakar dan Kazim dengan rompakan 4 sahabat ni; Herman, Alan, Radi dan Don. Herman lawyer, untuk apa dia nak rompak bank? Kenapa seorang lawyer yang ada anak dara seorang ni, nak buat kerja kerja macam tu? Gaji dia tak cukup ke apa?

Then aku pun baca dan baca. Semua watak dalam cerita ni ada kaitan antara watak watak yang lain. Herman, Lidya, Bakar, Kazim, Sarah, Nora, Anida, Kiah, Alan, Radi, Don dan lain lain. Ada lagi ke? Entah, tak ingat dah. Tapi untuk mengetahui apa tujuan rompakan tu, apa kaitan watak watak tu semua, memang kena bacalah sampai habis. Kalau baca separuh jalan memang tak jumpa penyudah konflik dia bagaimana.

Tapi makin lama aku baca, aku mula dapat tangkap apa yang berlaku. Starting dari bab 44, bila anggota Inspektor Paul dah jumpa siapa pemilik peti deposit 136. Dari situ dah boleh baca dan agak perkaitan tujuan rompakan dan perkaitan setiap watak dengan watak yang lain. Lepas dari bab 44 dan ke atas, aku dah boleh baca jalan cerita dia macam mana.

Tapi memang satu rompakan terancanglah. Dan ending dia, memang lain dari yang lain.

Overall aku rate secara peribadi, 3.5/5. Well done Khairulnizam Bakeri!

Lepas ni Kelabu dan Zombijaya pula. Aku tahu aku lambat, but better late than never.

23.1.12

14.

Aku tak kisah kalau orang nak bagi nasihat. Cumanya, jika aku agak berkeras dan degil pada awal mula menerima nasihat, itu adalah respon normal dari aku. Bukannya aku tak ambil pusing langsung. 

Cuma yang buat aku meluat ialah, apabila seseorang yang asing dalam kehidupan aku, tiba tiba tampil ingin menjadi hero/heroin dalam menyelesaikan masalah peribadi aku. Hero/heroin yang tidak tahu asal usul cerita sebenar, yang tidak tahu pokok pangkal kisah aku, hadir dan mula memberi respon berdasarkan pemerhatian sekali imbas mereka.

Hipotesis awal mereka melalui pemerhatian sambil lalu, mengatakan aku begini dan begitu. Memanglah aku akan naik syeikh kalau mereka sewenang-wenangnya buat tafsiran sendiri tentang kehidupan aku.

Dan aku memang susah nak terima pendapat orang, lebih lebih lagi pendapat orang asing macam mereka yang tak tahu pokok pangkal cerita.

Oh penegasan, aku memang "susah" nak terima pendapat orang, bukan "tak boleh" terima pendapat langsung. Nanti, ada hero/heroin yang salah faham pula.

22.1.12

13.

Ohh handphone. Tercicir pula. Tunggulah esok.

21.1.12

11.

Selepas ini, kita jauh. Aku harap kau jaga diri di sana. Nun di utara. Aku tahu kau bakal sibuk. Sibuk dengan tugasan, berkhidmat di bawah pemerintah tertinggi negara. Setahun kemudian, aku menyusul. Mengharapkan hubungan kita tidak akan putus, tidak mati ditelan masa, tidak luak dimamah jarak. Sentiasa ada bila diperlukan. Semoga kau sukses selalu. Terima kasih di atas segala bantuan kau terhadap aku.

Yang paling utama, terima kasih kerana menerima diri aku seadanya.

19.1.12

7.


Lagi sekali, aku mati akal.

18.1.12

6.

Karma. Hari ni kau buat orang sakit. Esok lusa, orang buat kau sakit. Dan bila dah sakit, baru teringat kesilapan kau pada orang orang sekitar kau.

Malam ni aku jadi sakit hati dengan kau. Kau yang dulu tak sudah sudah menyatakan rasa kau pada perempuan itu, dan dek kerana respon dingin aku tempoh hari, kau berkeputusan untuk tidak bertindak balas terhadap aku, kau ignore aku.

Habis, selama aku menjadi peminjam telinga, penyumbang idea terhadap kau, kau tak pernah fikir apa aku rasa? Benarlah, buat baik jangan diharap kita akan dapat balasan baik. 

Memang, fi'il manusia makin lama makin menjengkelkan. Sudahnya, berinteraksi dengan diri sendiri lebih molek, lebih menyedapkan hati. Konklusinya, setelah apa yang berlaku, cuma kita sahaja yang faham apa yang kita rasa.

Orang lain? Cuma aktor tambahan tanpa skrip yang peranannya seringkali menggoncangkan emosi dan memakan hati kita.

"Haha takpela. Water under the bridge man. What to do kan. I'm just a jerk and ever will be. Nite Dahlia."

Yes, you are a jerk, and keep on acting like one until your soul is ripped from your body.

17.1.12

5.

Aku disimpan
Di dalam ruang yang hanya engkau tahu
Biar di setiap pelosok alam manusia mencari
Hanya engkau sahaja yang tahu di mana aku disembunyi

Indahnya rasa ini
Bila kau berbicara lembut di sisi
Setiap janji bagaikan ditanam subur
Dan seolah hubungan kita tidak akan pernah berkubur

Kekasih gelap
Komunikasi yang makin malap
Namun rasa ini tidak pernah padam
Biarpun aku seorang pada tiap malam

15.1.12

3.

Pagi.

Bangun seperti biasa, mandi. Aku menantikan kau untuk mengatakan sesuatu. Pagi pagi lagi aku menghadap handphone, namun seperti biasa. Tiada mesej atau panggilan dari kau.

Lalu aku mandi dan panaskan air. Usai mandi, aku bancuh minuman kegemaran, Nescafe 3 in 1. Entah berapa banyak konsamsyen aku terhadap minuman segera ini. Yang pasti, seakan ada ketenangan bila kafein itu dijamah.

Bagaikan manusia yang tiada hala tujunya pada hari minggu, aku cuma hidupkan mesin berteknologi pemberian ayahku ini, lalu aku tekan ikon DiGi Internet. Tunggu dan tunggu sehingga koneksi berjaya disambungkan. Seperti biasa, laman fesbuk menjadi tatapan utama. Sekadar mengupdate status di ruangan sosial itu, "Selamat pagi semua, :)". Sedikit emoticon senyum di penghujung status, buat pengkabur hati dan perasaan sebenar aku tatkala ini.

Aku tatap lagi handphone pemberian ayahku ini, namun senyap tidak berbunyi, hitam tidak bernyala. Ya, hampir ke semua barang berteknologi adalah pemberian ayahku kepada anaknya yang satu ini. Aku jarang merasa susah dari segi kewangan, itu rezeki yang Dia berikan buat kami sekeluarga.

Dan fikiran ini merewang-rewang, mengharapkan kau membalas pertanyaan ku pagi ini, walau aku tahu, kebarangkalian untuk kau balas sangatlah rendah. Dan aku biarkan diri aku diselubungi angan tak berkesudahan.

Konklusi pagi Ahad ini, harapan sentiasa membingungkan kita. Kita mengharapkan ianya terjadi, tapi kita tidak pasti sekiranya ianya boleh atau tidak berlaku. Dan harapan, seringkali membunuh.

Maka, perlukah aku terus berharap atau putuskan sahaja harapan itu?

2.

What more can I do? Aku tetap nak menulis. Tak kira lah kalau penulisan aku layak dipijak dan dibuang, tapi aku tetap nak menulis. I used to have.. two blogs. But then I decide to stop my three years writings and create a new one. Semua sebab seseorang, sebab dia. Sebab dialah aku berkeputusan untuk membuat ruangan baru untuk aku melampiaskan segalanya. Sebab aku tak mahu diganggu, dibaca segala apa yang aku tulis. Aku tak mahu dia tahu apa yang terbuku dalam hati dan fikiran aku. 

Haha.

Biarkan dia. Biarlah dia berkeliaran mengagau mencari aku. Baik di ruangan maya atau realiti. Lari dari kau beerti aku lari dari kesakitan. Mencipta sesuatu tanpa kau beerti aku mencipta kebahagiaan. Dan aku tahu, Dia pemberi keenakkan kehidupan.

Kalau kau masih lagi mencari aku, kau tahu letak duduk jasad aku di mana. Tapi kau tidak akan tahu hati aku berada di mana. 

Biarkan aku begini.

1.

"There is no greater agony than bearing an untold story inside you" - Maya Angelou.


Hai, aku Dahlia.