21.1.12

11.

Selepas ini, kita jauh. Aku harap kau jaga diri di sana. Nun di utara. Aku tahu kau bakal sibuk. Sibuk dengan tugasan, berkhidmat di bawah pemerintah tertinggi negara. Setahun kemudian, aku menyusul. Mengharapkan hubungan kita tidak akan putus, tidak mati ditelan masa, tidak luak dimamah jarak. Sentiasa ada bila diperlukan. Semoga kau sukses selalu. Terima kasih di atas segala bantuan kau terhadap aku.

Yang paling utama, terima kasih kerana menerima diri aku seadanya.

5 comments:

  1. Tapi teman-teman lelaki kau harap korang putus. Macam mana tu?

    :)

    ReplyDelete
  2. Tak kisah, harap lah macam mana pun. Bukan mereka penentu hubungan aku dengan kawan aku tu.

    ReplyDelete
  3. kadangkala apa yang orang kata kita boleh ambil mana yang baik itu kita ambil mana yang tidak baik itu kita buat sebagai pengajaran sahaja, di sini saya cuma nak memberitahu adalah tidak baik sama sekali memutuskan hubungan sillaturrahim antara sahabat, tetapi adab dan batas perlu dijaga.

    ReplyDelete
  4. Aku tak putuskan hubungan. Tiada sebarang kata kata literal atau surat hitam putih yang datang dari aku, mengatakan aku memutuskan hubungan dengan sahabat aku.

    Cuma terdapat sedikit jarak di antara kami sejak akhir akhir ini. Kau faham?

    ReplyDelete
  5. baik cik dahlia saya cuma menasihati anda sebagai seorang sahabat di ruangan alam maya ini, cuma yang saya harapkan kadang kala kita tidak mengetahui apa yang berlaku dan apa yang ada di hadapan kita

    ReplyDelete