27.4.12

64.

Dalam kekalutan aku meneruskan perjalanan,
Tiba tiba kau muncul,
Seratus meter bertentangan dengan ku.
Dan jarak itu makin lama makin dekat,
Mendekati wajahku.
Kau senyum, dan aku tertunduk.
Sebenarnya, kita tak pernah jauh walau jasad kita tidak pernah bersentuh.
Kerana rasa ini, aku simpan.
Getar ini, aku tahan.
Hanya untuk kau wahai si Halimunan.

25.4.12

63.

Hai lah Si Halimunan,
Rasa ini semakin berombakan,
Tatkala terkenang wajah kau yang tampan.
Namun Si Halimunan,
Akan aku simpan senyap keseorangan,
Biar rasa ini aku peluk sekuat tenaga seorang perempuan,
Biar apa yang tersimpan,
Akan terus tersimpan,
Menjadi rahsia antara aku dan Tuhan.
Hai Si Halimunan,
Andai ini adalah perjuangan,
Ku mohon agar kelak kita dipertemukan...


24.4.12

62.


So darling, darling stand by me
Oh, stand by me...

20.4.12

61.

Memandang ke masa lalu, menjeling ke jam itu. Mengeluh.
Imej imej masa lepas berlegar legar di ruang otak kiri dan kanan.
Melambai lambai memanggil untuk dikenangkan.
Wajah itu, senyum itu, wajah mereka, senyum mereka.
Gelak mereka, tangis mereka, marah mereka, gurau mereka.
Indah indah belaka.
Ada satu wajah, jika aku terbang bersamanya ke masa lalu,
Tidak lain tidak bukan,
Hanya mengundang sejuta kesedihan, kekecewaan.
Kecewa terhadap diri sendiri,
Kerana gagal membahagiakan wajah itu.
Wajah yang cantik, manis semanis madu.
Indah gelak tawanya, meriangkan hati yang satu.
Wahai ibu, pergimu tiada pernah berlalu dalam kalbu.
Suaramu tidak pernah luntur dari kotak fikiranku,
Terngiang ngiang dalam syahdu.
6 tahun sudah berlalu,
Namun seakan baru sahaja tadi kau pergi meninggalkanku..

18.4.12

60.

Getting tired. Each and everyday.
Watching you right there, reminds me of everything that we did.
I could not let them go, cause memories are meant to be stored and locked.

15.4.12

59.

Dan hati perempuan itu hancur sekali lagi oleh berita yang dia dengari.
Benar, walau teguh mana pun dipasakkan rasa kemaafan di dalam diri,
Walau utuh mana pun tembok penghadang kemarahan dibina dalam hati,
Tapi perempuan mana yang bisa menahan amarah dan dendam bila ditipu berulang kali.

Perkara yang paling sukar untuk perempuan terima adalah apabila dia ditipu,
Ah, tanyalah mana mana gender sekalipun, siapa suka kena tipu,
Lebih perit dan bernanah rasa hati ini bila orang yang tidak disangka boleh menipu,
Rupa rupanya dia yang menipu

Luluh hati hancur kepercayaan
Cubalah untuk kau berterus terang dari awalan
Bukan susah pun untuk mengatakan kebenaran
Kenapa hati ini kau persiakan

Sakit, sakit, sakit.
Ingin sekali perempuan mengungkit
Biar dia sedikit demi sedikit
Tersedar kata kata janji membukit

Sudahlah, hati perempuan makin remuk.
Rasa seperti ingin menumbuk
Tumbuk hati dan perasaan manusia penipu buruk
Biar rupa kau berubah menjadi beruk.

58.

Benda senang. Kenapa nak susahkan?
Sakit kau tahu tak. Apalah salahnya kalau kau bagi tahu awal awal, dari mula lagi kau cakap dekat aku. Ni kau simpan. End up aku tahu dari kawan kita sendiri. Itu pun aku buat buat macam tak ada apa apa. Aku tanya macam aku sekadar nak tahu. Walhal, lepas dari aku tahu semua tu, aku rasa fucked up sangat. 

Terima kasih lah. Terima kasih. 

14.4.12

57.

Aku percaya, dalam setiap hati seorang anak adam itu, pasti ada sekelumit rasa yang suci. Putih ibarat merpati. Yang warna bulunya suci dan menyenangkan. Terbang ke sana ke mari bersama kebahagiaan.

Aku percaya, walau bengisnya wajah seorang anak adam itu, pasti ada secebis rasa belas kasihan sesama makhluk sekitarnya. Walau jasad secara jelasnya dilihat sangat busuk dan kelam, namun jauh di sudut hati terdalam, diri itu rindu untuk berbakti di seluruh alam.

Aku percaya, setiap dari kita, tiada yang benar benar jahil. Tiada yang benar benar kotor hatinya. Walau asalnya dari air yang kotor, namun, bila terciptanya hati itu, kita semua, ada rasa kasih sesama kita.

Dan walau teguhnya dendam itu, lama kelamaan, roboh jua.

12.4.12

56.

Terima kasih kamu,
Terima kasih dunia,
Terima kasih Tuhan.
Buat-Nya yang memberikan aku seluruh kebahagiaan
Kawan kawan terhebat buat peneman
Minda dan akal yang fenomenal menemani sepanjang jalan
Ruang sosial yang sentiasa riuh sakan
Ah
Hati ini kembali keriangan
Ditemani manusia sejagat yang sentiasa tersenyum kegembiraan
Malam malam tidak lagi senyap tiada lagu dimainkan
Kini lampu neon kembali menerangi penuh kecerahan
Cantik
Cantik
Cantik
Kehidupan ku semakin cantik
Satu fasa baru yang tiada berkesudahan.

55.

Hiduplah engkau di dalam dunia yang kau cipta sendiri
Di mana semua makhluk tunduk menyembah dirimu
"Oh kamulah terhebat! Tiada lain melainkan kau seorang!"
Dan para manusia itu ibarat lembu dicucuk hidung
Mengiyakan dan mengangguk menyetujui setiap percakapan kau
Dan kau dengan setiap sembahan itu
Dengan setiap pujian itu
Semakin bongkak dan bangga diri
Mengatakan di dalam hati
"Akulah yang terhebat! Tiada yang terhebat melainkan aku seorang!"
Kata kata kau sentiasa sahaja betul
Tiada yang salah melainkan betul sahaja
Engkau seorang sahaja yang punya sejuta pengalaman di dunia
Seolah sudah bernafas di bumi Tuhan ini berkurun lamanya.
Ego seorang lelaki.
Adakalanya nampak tersangat bodoh.

10.4.12

54.

Selamat malam untuk kau, Si Halimunan.
Malam ini aku menanti.
Sengaja aku biarkan jendela itu terbuka.
Membiarkan angin malam menghembus masuk ke kubikel kecil berwarna merah hati ini.
Sambil daguku dilabuh padanya,
Menanti kau, Si Halimunan.
Wujudnya kau hanya pada imaginasi.
Fantasi indah, sering dipenuhi imej ceria wajah kau.
Mengapa kau tidak pernah cuba untuk hidup di alam nyata?
Aku kangen pelukan kau,
Ingin sekali aku merasakan hangatnya sentuhan kau,
Yang selama ini cuma dinikmati di dalam angan.
Si Halimunan, si jejaka tampan.
Muncullah engkau di sisiku.
Marilah hidup bersama denganku.



9.4.12

53.

I feel like shit.. And all I can do is just.. Feel it.
Bukan susah pun untuk kau jadi sedikit sensitif terhadap perempuan. Tak susah pun untuk berubah menjadi sedikit memahami perempuan. Kau bilang kau sakit hidup di dalam kekerasan hati kau sendiri, namun bila disaran untuk melembutkan sedikit hati kau, kau enggan. Kata kau, ini adalah cara kau survive. Ini adalah satu satunya cara kelangsungan hidup kau. Kenapa perlu hidup di dalam kekerasan jiwa yang memakan diri kau semata mata itu adalah satu satunya cara untuk kau teruskan hidup?

Kau bukan pergi berperang, berjihad, jauh sekali. Kalau kau rasa kekerasan hati itu adalah ketetapan diri kau yang sebenar, tapi pada aku, itu salah. Cuba kau hormati dan sensitif terhadap perempuan seperti mana kau menghormati ibu kau sendiri. Kaum yang sama.

Kau kata ibu kau pesan, dalam dunia ni, jangan sesekali mainkan perasaan perempuan. Kau bilang pada aku seolah olah kau mengerti dan mengambil nasihat ibu kau itu sedalam dalamnya. Tapi pada aku, kau sedikit pun tidak memahami nasihat ibu kau.

Sebab kau terang terangan memperlekehkan dan merobek hati halus seorang perempuan, tanpa kau sedar. You don't know how much it hurts.. You never know...

6.4.12

52.

Hari ini. :)

4.4.12

51.

Konklusi perbualan tadi,
Aku marah, tersangat marah.
Ya, marah sampai tahap aku....
Menggigil. Gigi diketap. Air mata seakan ingin keluar.
Bukan sedih, tapi marah dan sakit hati.


Terima kasih.

3.4.12

50.

Nikotin baru.
Kafein baru.
Yang membuatkan aku ketagih.
Kau adalah nikotin itu.
Kau adalah kafein itu.
Kau punca insomnia menemani malamku.
Mungkin kelibat sekali lalu itu seakan tidak memberi impak pada yang lain,
Namun jelingan sekilas dari aku kepada kau,
Mampu menggamit mimpi mimpi indahku.
Kau,
Ketagihanku.
Kau,
Dadahku.

49.

Kau tak pernah macam ni. Kau berjanji dengan aku. Aku yang tak molek serba serbi. Yang tak mampu nak berikan kau sesuatu yang elok untuk disimpan. Yang busuk dan kotor.

Tapi kau berjanji untuk bersama dengan aku. Sesuatu yang kau.. Tak pernah lakukan pada siapa siapa.