22.5.12

74.

Seorang kawan mengatakan bahawa aku ni kuat. Secara jujur, bukan dia seorang, aku sudah banyak terima kata-kata sedemikian dari orang-orang sekitar aku. Mereka mengatakan bahawa aku ini seorang yang kuat. Saudara mara aku juga turut mengatakan perkara yang sama.

Wahai kalian, kalaulah kalian tahu disebalik apa yang aku pamerkan pada kalian, disebalik semua yang kalian nampak aku secara fizikal, tersimpan satu kelemahan yang telah menjatuhkan aku berkali-kali.

Tapi aku pilih untuk simpan. Simpan sampai bila-bila. Aku tidak sekuat seperti yang kalian sangka. Aku lemah, lebih lemah dari kalian. Kalaulah kalian tahu disebalik semua ini.

21.5.12

73.

Suatu hari nanti kau akan tahu kepentingan aku dalam hidup kau. Suatu hari nanti kau akan tahu rasa ini tak pernah padam untuk kau. Suatu hari nanti kau akan tahu apa yang aku lakukan semua ini adalah untuk kau. Suatu hari nanti kau akan mengingati letak duduk jasad aku suatu ketika dahulu, letak duduk perasaan aku terhadap kau suatu ketika dahulu, letak duduk hati aku pada kau suatu ketika dahulu.

Suatu hari nanti.

20.5.12

72.

Mainan perasaan itu seringkali paling menyakitkan.

18.5.12

71.

Kau tahu, aku sentiasa adore kau. Walau lahiriah kau sungguh stone, walau pandangan mata kau sungguh stiff, tapi aku sentiasa adore kau.

Sebab, aku suka kau yang begitu. Yang kerasnya hanya di luaran, yang manjanya senyap senyap tetapi berbisa. Yang mengadanya hanya aku yang rasa.

Aku tak tahu pada siapa lagi kau berkelakuan begitu, tetapi aku tetap suka diri kau yang itu. Yang luarnya sangat gagah dan ego, tapi di sebalik semua itu, tersorok satu sifat keanak-anakan yang terkadang membuat aku tergelak keseorangan.

Mengadanya kau, buat aku geram. Manjanya kau, buat aku rindu.

13.5.12

70.

Hari ibu,
Pada siapa ingin aku ucap,
Pada siapa?
Pada ibu yang aman di pusara,
Ku panjat doa agar ibu bahagia,
Di alam di sana,
Anak mu ini rindu serindu rindunya...

Tuhan, tolong jangan tarik nikmat Mu ini,
Nikmat daya ingatan,
Nikmat memori ini,
Agar hidup aku tidak pernah lekang dari kenangan,
Kenangan ibu dan aku..
Biar kekal hingga ke akhir hayatku..


12.5.12

69.

Rindu, tapi terpaksa tahan.
Itu sahaja yang aku mampu untuk lakukan.
Buat kamu yang sentiasa di ingatan.
Tidak akan luput, selagi hayat dikandung badan.

Biar jasad kita jauh,
Namun rasa ini tidak akan pernah rapuh,
Tetapi ianya semakin utuh,
Mustahil ianya mudah untuk diroboh.

Pergilah kasih, pergilah sayang.
Biarkan aku di sini terbayang-bayang,
Susuk tubuhmu, wajahmu sentiasa diundang,
Buat pengganti cinta terhalang...

7.5.12

68.

Orked berlari lari penuh mengah. Dalam kepayahan dia mengejar bayang Mukhsin. Mukhsin yang semakin jauh dari pandangan matanya.

Orked penat, lalu terduduk. Skirt labuh warna putih bercorak bunga-bunga warna biru laut pemberian Mukhsin dicemari dengan warna lumpur. Orked sedih, Orked menangis.

Dan bagai alam mengerti derita hatinya, bagai langit memahami gundah jiwanya, hujan seakan sinonim dengan kesedihan. Rintik rintik membasahi Orked. Lalu Orked layu menyembah tanah.

Dan selepas hujan, di tepi jasad itu kemudiannya muncul bunga bunga orkid yang berwarna warni. Menemani jasad Orked yang hancur hatinya, putus nyawanya di tengah hujan, putus nafasnya akibat kedukaan..

Terkuburlah Orked di dalam kekecewaan...


6.5.12

67.

Adry duduk di situ. Sekejap sekejap dia pandang langit. Sekejap sekejap dia menunduk ke tanah. Kakinya menguis-nguis jalar tar yang seakannya sudah hampir 10 tahun tidak diganti turap.

Dia kangen. Kangen akan peristiwa 5 tahun lalu. Di situlah mereka duduk. Di situlah mereka berdua bergurau. Di situlah detik mereka mula terpaut hati.

Pernah Adry berjanji ingin menyunting Mawar di taman. Pernah Adry berjanji ingin bersama Mawar sehingga akhir hayatnya. Dan Mawar, semakin berbunga-bunga hatinya bila Adry bersungguh-sungguh ingin bersamanya.

Adry mengeluh, kembali menunduk.

Kenapa aku nak pandang kisah lalu yang sedikit pun tidak memberi senyum pada diri aku sekarang?

Adry bangun, membawa pulang hati yang kosong tidak terisi sejak itu..

4.5.12

66.

Kelihatannya seperti aku mendambakan sesuatu.
Sesuatu yang kelabu,
Sesuatu yang kabur.
Sepertinya kamu adalah sesuatu itu.
Sepertinya kamu yang sering berlegar legar di ruang itu.
Andai diberi waktu,
Inginku bisik manja di telingamu,
Kaulah dambaanku.

1.5.12

65.

Aku sebenarnya tak tahu apa aku rasa sekarang ini. Dalam pada kau sering membuat aku marah, menyakitkan hati aku, mengusik aku, menyakat aku, di akhir rasa marah bercampur geram aku terhadap kau, pasti akan berkesudahan dengan gelak dan senyuman. Ada masanya aku tak larat nak berbalah dengan kau. Kau dengan sifat kau yang tak pernah hendak mengaku kalah. Dan aku dengan keras kepala aku, selagi boleh ingin aku bidas. Entah, kalau boleh, biar persahabatan ini kekal, selagi hayat dikandung badan.