15.1.12

3.

Pagi.

Bangun seperti biasa, mandi. Aku menantikan kau untuk mengatakan sesuatu. Pagi pagi lagi aku menghadap handphone, namun seperti biasa. Tiada mesej atau panggilan dari kau.

Lalu aku mandi dan panaskan air. Usai mandi, aku bancuh minuman kegemaran, Nescafe 3 in 1. Entah berapa banyak konsamsyen aku terhadap minuman segera ini. Yang pasti, seakan ada ketenangan bila kafein itu dijamah.

Bagaikan manusia yang tiada hala tujunya pada hari minggu, aku cuma hidupkan mesin berteknologi pemberian ayahku ini, lalu aku tekan ikon DiGi Internet. Tunggu dan tunggu sehingga koneksi berjaya disambungkan. Seperti biasa, laman fesbuk menjadi tatapan utama. Sekadar mengupdate status di ruangan sosial itu, "Selamat pagi semua, :)". Sedikit emoticon senyum di penghujung status, buat pengkabur hati dan perasaan sebenar aku tatkala ini.

Aku tatap lagi handphone pemberian ayahku ini, namun senyap tidak berbunyi, hitam tidak bernyala. Ya, hampir ke semua barang berteknologi adalah pemberian ayahku kepada anaknya yang satu ini. Aku jarang merasa susah dari segi kewangan, itu rezeki yang Dia berikan buat kami sekeluarga.

Dan fikiran ini merewang-rewang, mengharapkan kau membalas pertanyaan ku pagi ini, walau aku tahu, kebarangkalian untuk kau balas sangatlah rendah. Dan aku biarkan diri aku diselubungi angan tak berkesudahan.

Konklusi pagi Ahad ini, harapan sentiasa membingungkan kita. Kita mengharapkan ianya terjadi, tapi kita tidak pasti sekiranya ianya boleh atau tidak berlaku. Dan harapan, seringkali membunuh.

Maka, perlukah aku terus berharap atau putuskan sahaja harapan itu?

2 comments:

  1. jangan mendaki gunung harapan terlalu tinggi kerana kau akan merasa sakit yang teramat tatkala jatuh darinya.

    banyakkan berdoa.

    ReplyDelete
  2. Kadang kala, sukar untuk mengelak dari terus mendaki.

    ReplyDelete