4.3.12

37.

"This could be the last time that I can touch your hand." Dia berkata. Sambil mata memandang ke filem yang sedang ditayangkan. Aku merenung ke mata itu, dengan penuh tanda tanya.

"Why?"

"Sooner or later I'm gonna die." Tenang, sungguh tenang dia mengatakannya. Sama ada dia sudah bersedia atau hanya pasrah dengan takdir Tuhan. 

Aku terkedu. Seakan ingin menitik air mata ini.

"Don't say that." Aku seperti selalu, deny akan realiti kehidupan. Ketentuan yang telah ditetapkan.

"Why not? You go and find someone better." Kami berpandangan.

Aku tunduk. Tak pasti apa yang hati ini rasakan. I can't afford another loss. Kehilangan ibu 6 tahun yang lalu sudah cukup meremukkan hati aku. 

Dan malam itu aku hanya mampu menyorokkan apa aku rasa. Mata aku masih menonton filem barat itu. Sambil ketawa mengekek ngekek, menyimpan gelora di hati. 

Jika benar hidup kau lebih pendek dari aku, aku terima. Kerana nyawa kau, bukan untuk aku simpan. Tapi diri kau, cerita kau dan aku, selayaknya untuk aku genggam dan ingati sebagai satu cerita istimewa antara kita.

4 comments:

  1. "Kerana nyawa kau bukan untuk aku simpan."

    :(

    ReplyDelete
  2. jangan pernah mundurkan jiwa. walau kau hiba. kerana kita milik tuhan :)


    like this

    "Sooner or later I'm gonna die." Tenang, sungguh tenang dia mengatakannya. Sama ada dia sudah bersedia atau hanya pasrah dengan takdir Tuhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita semua milik Tuhan, cepat atau lambat kita pasti akan kembali pada-Nya. Cuma, aku perlu bersedia andai dia pergi dahulu.

      Terima.

      Delete