14.3.12

40.

Selamat pagi. 

Hujan, aku suka hujan. Semalam berbasahan sambil berlari lari di dalam hujan. Sedikit sebanyak menggamit kenangan lalu sewaktu zaman belum mencapai puberty. Semuanya indah, tidak kiralah apa yang melanda, apa yang ada dalam jiwa seorang kanak kanak, cuma kegembiraan.

Ada sahabat menegur, mengatakan aku seolah mempunyai masalah. Menyimpan sesuatu seorang diri. Dan permasalahan itu dapat dilihat dengan jelas melalui raut wajah aku.

Sejujurnya, bukanlah aku tidak mempunyai masalah. Cuma, segala apa yang menimpa adalah di tahap minima. Tidak memberi sebarang impak atau kesan negatif dalam diri aku.

Mungkin tabiat aku sebagai seorang yang serius dan kurang tersenyum, membuatkan kau berfikir begitu. Apa apa pun, terima kasih kerana bertanya.

Namun seperti yang aku katakan, kalau aku perlukan bantuan, aku akan minta bantuan. Kalau aku tak minta apa apa dari siapa siapa, maka tolong jangan bertanyakan padaku sama ada aku sedang menghadapi masalah atau pun tidak.

Kerana persoalan sedemikian mengundang kerut di dahi aku, menandakan aku tidak selesa dengan pertanyaan tersebut.

Selagi aku boleh uruskan sendiri, aku uruskan. Kerana dari kecil aku sudah biasa hidup sendiri.

No comments:

Post a Comment